Tenaga yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga yang diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan lebih banyak tenaga. Sebagai contoh semasa berenang danberlari pecut, tenaga yang digunakan oleh otot yang aktif adalah 100 kali lebih tinggi daripada tenaga semasa rehat. Aktiviti yang berintensiti rendah seperti maraton, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga 30 kali ganda daripada semasa rehat. Oleh itu penggunaan tenaga bergantung kepada intensiti, masa latihan dan tahap kecergasan individu.
Anaerobik alaktik
Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut 100 meter dan berenang 25 meter memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan daripada penguraian Adinosina
Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Jumlah ATP yang dapat disimpan adalah sedikit mengakibatkan
pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila aktiviti yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah sedikit. Simpanan ini akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti
berintensiti tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.
Anaerobik laktik
Apabila aktiviti berintensiti tinggi terpaksa berterusan melebihi 10 saat, sumber tenaga adalah daripada glikogen yang disimpan pada otot-otot rangka dan hepar (hati). Proses penghasilan tenaga ini
dikenali sebagai glikolisis anaerobik.
Glukos atau asid lemak + triglycerides + 02 → C0 2 + H 2 O + haba = 39ATP
Sistem tenaga dalam senaman
Sistem tenaga yang diperlukan pada setiap sukan bergantung kepada ciri-ciri permainan tersebut, tempoh masa dan intensiti. Sistem tenaga yang terlibat dalam larian 5000 meter adalah seperti yang berikut:
(a) 10 saat pertama – anaerobik alaktik.
(b) 10 saat hingga 30 saat – peralihan dari sistem alaktik sistem laktik.
(c) 30 saat hingga 2 minit – anaerobik laktik.
(d) 2 minit hingga 5 minit – peralihan dari anaerobik laktik ke aerobik.
(e) 5 minit ke atas – sistem aerobik.
Sistem tenaga yang dominan bagi aktiviti yang melibatkan kuasa
bergantung kepada:
(i) Bekalan tenaga anaerobik alaktik.
(ii) Kekuatan otot.
(iii) Kelajuan penguncupan otot.
Sistem tenaga dominan bagi pelbagai sukan
Peratusan penekanan berdasarkan sistem tenaga
Sukan ATP-PC DAN LA LA – O2 O2
1
1 Olahraga
100m-200m 98 2
acara padang 90 10
400m 80 15 5
800m 30 65 5
1500m 20 55 25
3000m 20 40 40
merentas desa 5 15 80
2 Bola tampar 90 10 -
2 Bola tampar 90 10 -
3 Hoki 60 20 20
4 Tenis 70 20 10
Ciri-ciri umum sistem tenaga
Sistem ATP-PC Sistem Asid Laktik Sistem Oksigen
Anaerobik Anaerobik Aerobik
Sangat cepat Cepat Perlahan
Bahan kimia pembakaran: PC Makanan Pembakaran
Penghasilan ATP sangat terhad Penghasilan Atp terhad lemak glikogen dan
Simpanan otot terhad hasil sampingan asid laktik protien
Aktiviti dalam jangkamasa menyebabkan kelesuan Penghasilan ATP tanpa
singkat dan intensiti tinggi aktiviti 1-3 minit had
Hasil sampingan tidak
melesukan
Menggunakan daya
tahan dan
aktiviti yang memakan
masa yang lama
Langkah untuk meningkatkan simpanan sumber tenaga
Perkara yang paling penting dalam konsep tenaga adalah bahan api yang dibekalkan semasa latihan. Apabila kita mengetahui tentang bahan api yang dibekalkan kepada otot rangka semasa latihan penting dalam menentukan pemakanan yang sesuai. Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan bahan api? Bekalan bahan api yang dimaksudkan ialah jenis makanan yang boleh menghasilkan ATP semasa latihan. Terdapat tiga sumber kelas makanan utama yang menghasilkan tenaga iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Bekalan tenaga yang dikeluarkan akibat pemecahan tiga jenis makanan ini boleh digunakan bagi sistem aerobik untuk menghasilkan ATP. Oleh itu karbohidrat memainkan peranan utama sebagai sumber tenaga utama. Oleh itu makanan yang perlu di makan mesti memberi tumpuan kepada karbohidrat. Walaupun protein boleh digunakan sebagai sumber tenaga apabila sumber-sumber lain sudah kehabisan seperti keadaan kesuburan. Lemak apabila dibakar akan dipecahkan kepada asid lemak dan gliserol. Asid lemak disimpan sebagai tisu adipos atau beredar dalam darah. Bahan kimia ini boleh menghasilkan ATP melalui tindakbalas kimia.
Kelesuan otot
Kelesuan merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan stimulasi yang berulang. Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun. Perbincangan tentang kelesuan memberi tumpuan kepada:
(i) Sistem tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidanan).
(ii) Pengumpulan hasil sampingan metabolik.
(iii) Sistem saraf.
(iv) Mekanisme kegagalan penguncupan gentian.
Faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan otot:
(i) Pengumpulan asid laktik.
(ii) Kekurangan simpanan ATP dan PC.
(iii) Kekurangan simpanan glikogen otot.
i. Pengumpulan asid laktik
Asid laktik menyebabkan kelesuan kerana pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna. Tindakbalas ini berlaku dalam fiber otot. Simpanan glikogen ditukarkan menjadi glukosa dan kemudiannya ditukarkan oleh enzim kepada asid laktik bagi menghasilkan ATP seperti ditunjukkan pada rajah di bawah:
Tindak balas ini dinamakan glikolisis anaerobik. Jika asid laktik terkumpul dalam otot dengan banyak mengakibatkan toksik. Keadaan ini mengakibatkan kelesuan dan ketegangan pada otot.
ii. Kekurangan simpanan ATP dan PC
Fosfokreatin (PCr) digunakan dalam sistem anaerobik untuk membina ATP dan kemudiannya mengekalkan simpanan ATP dalam badan. Kajian biopsi menunjukkan penguncupan otot berulangulang
secara maksima menunjukkan kelesuan berlaku bersama dengan pengurangan fosfokreatin. Sistem ATP-PCr berintensiti tinggi. Sistem ini mengakibatkan aras ATP menjadi berkurangan. Pada paras kelesuan yang tinggi, kedua-dua ATP dan PCr menjadi kurang.
glukosa Asid laktik + enzim = ATP
iii. Kekurangan simpanan glikogen otot
Aras ATP otot dikekalkan melalui pemecahan glikogen otot disebabkan oleh sistem aerobik dan anaerobik. Bagi acara yang berpanjangan, glikogen otot menjadi sumber utama untuk sintesisATP. Malangnya simpanan glikogen adalah terhad dan boleh berkurang dengan cepat. Apabila PCr digunakan, kadar pengurangan glikogen otot dikawal oleh intensiti aktiviti. Peningkatan kadar kerja tidak berkadar terus dengan pengurangan
glikogen otot. Sebagai contohnya, semasa lari pecut glikogen otot digunakan 35 hingga 40 kali lebih cepat daripada aktiviti berjalan.Oleh itu kelesuan dalam aktiviti yang berintensiti tinggi disebabkan
oleh kekurangan simpanan glikogen otot.
Strategi untuk melengahkan kelesuan otot
Bagi mengelakkan kelesuan, atlit mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian yang sesuai bagi memastikan PCr dan ATP tidak kehabisan. Jika pada permulaan larian terlalu cepat mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat. Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlit
gagal mengekalkan rentak larian sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlit menilai rentak larian yang optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan ATP dan PC.
Strategi untuk mempercepatkan proses pemulihan selepas melakukan aktiviti fizikal
Melakukan regangan dan cooling down yang intensif
Melakukan terapi relaksasi
sangat membantu ..
ReplyDeleteBoleh masuk terus tk? Ni bnyk lagi. Masuk on point. Perbezaan keletihan dngn kelesuan otot. Terus siap, senang mata memandang.
ReplyDelete