SELAMAT DATANG...WELLCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Thursday, December 23, 2010

SISTEM ENDROKINA

Pengenalan


Sistem endrokina ialah satu sistem badan yang terdiri daripada kelenjar yang merembeskan hormon. Hormon merangsang proses jangka panjang seperti pertumbuhan, metabolisme, pembiakan dan pertahanan badan. Semua hormon adalah berasaskan kepada asid amino atau steroid.

Hormon


Ciri-ciri hormon
Hormon ialah bahan kimia yang disintesis oleh sel-sel hidup. Hormon dirembes ke dalam darah dan diangkut oleh sistem peredaran darah ke organ sasaran yang terletak jauh daripada tempat hormon itu disintesis. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, hormon berupaya untuk mempercepatkan atau memperlahankan
sesuatu fungsi biologi.

 Kelenjar-Kelenjar Endokrina

 Kelenjar Pituitari

Kelenjar pituitari terletak di bawah hipotalamus. Antara hormon hormon yang dirembeskan ialah hormon tumbesaran (growth hormone). Hormon tumbesaran ialah hormon bagi metabolisme umum. Tindakan hormon ini adalah seperti berikut:
(a) mempercepatkan kadar pertumbuhan tubuh.
(b) merangsang pengambilan asid amino oleh sel bagi mensintesis protein.
(c) merangsang penguraian lemak untuk tenaga. Cara ini memelihara homeostasis gula dalam darah dengan  
     menyimpan glukosa.
Kekurangan atau lebihan rembesan hormon ini membawa kepada pembentukan tubuh yang tidak normal. Kekerdilan tubuh berpunca daripada kurangnya rembesan hormon ini sementara kegergasian dan “acromegaly” pula disebabkan oleh rembesan hormon yang berlebihan.


Kelenjar Tiroid

Kelenjar tiroid terletak dibahagian bawah kerongkong dan di hadapan halkum. Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroksin, triiodotaironin dan kalsitonin. Hormon tiroid adalah hormon yang utama bagi metabolisme. Selain daripada mengawal kadar pengoksidan glukosa semua sel, hormon ini juga penting untuk tumbesaran dan perkembangan secara normal tisu-tisu khususnya sistem pembiakan dan sistem saraf. Hormon kalsitonin pula merangsang penyimpanan kalsium pada tulang-tulang. Kekurangan iodin mengganggu pembentukan hormon tiroksin dan ini menyebabkan berlakunya beguk. Kekurangan tiroksin pada kanakkanak
menyebabkan “kretisme” iaitu keadaan individu yang mempunyai kaki lebih pendek berbanding badan, cacat akal, berkulit kering dan berambut nipis. Bagi orang dewasa pula, kekurangan tiroksin menyebabkan kelembapan pergerakan dan mental, bengkak pada muka, kelesuan, suhu badan yang rendah dan kegemukan. Masalah cacat akal tidak berlaku pada orang dewasa. Lebihan tiroksin menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung, kadar metabolisma yang tinggi, tidak tahan dengan suhu panas dan
kegelisahan. Kekurangan kalsitonin pula menyumbang kepada osteoporosis.



Kelenjar Adrenal

Kelenjar adrenal terletak di atas ginjal. Kelenjar ini terbahagi kepada adrenal korteks dan adrenal medulla. Adrenal korteks merembaskan hormon glukokortikoid, mineralokortikoid dan androgen (kuantiti kecil). Glukokortikoid merangsang pertambahan glukosa dalam darah dan penyimpanan glikogen dalam hepar. Adrenal medula pula merembeskan hormon epinefrin dan norepinefrin. Epinefrin dan norepinefrin meningkatkan kandungan glukosa dalam darah, meningkatkan aktiviti metabolik dan menjerut salur-salur darah tertentu.

Kekurangan glukokortikoid dan mineralokortikoid boleh menyebabkan penyakit Addison (simptom kehilangan elektrolit dan bendalir tubuh, tekanan darah rendah, hipoglisemia). Kehilangan selera makan dan pertambahan pigmentasi. Lebihan glukokortikoid menyebabkan penyakit cushing (simptom tangan dan kaki
membesar, luka lambat sembuh, muka bulat, tekanan darah tinggi, kurang pembentukan antibodi, hiperglisemia dan lemah otot). Lebihan androgen daripada adrenal korteks menyebabkan sindrom adrenogenital (simptom baligh lebih awal dan genital yang membesar pada kanak-kanak, pembentukan tret lelaki pada wanita dewasa).


Pankreas
Pankreas terletak berhampiran dengan perut. Pada pankreas terdapat kelenjar endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik (pancreatic islets). Kumpulan pankreatik ini menghasilkan
hormon insulin dan glukagon. Perembesan insulin dirangsang oleh aras glukosa yang tinggi dalam
darah. Insulin bertindak ke atas semua sel tubuh dengan meningkatkan keupayaan sel-sel untuk menerima glukosa. Melalui tindakan ini, aras glukosa dalam darah dapat dikurangkan.
Glukagon pula dirangsang oleh aras glukosa yang rendah dalam darah. Glukagon merangsang penguraian glikogen yang tersimpan di dalam hepar kepada glukosa dan membebaskan glukosa ini ke
dalam darah. Lebihan insulin akan menyebabkan hipoglisemia, sementara kekurangan atau ketiadaan insulin pula boleh menyebabkan diabetis mellitus. Lebihan atau kekurangan glukagon pula tidak menyebabkan
gangguan atau masalah kesihatan yang serius.

No comments:

Post a Comment