SELAMAT DATANG...WELLCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Thursday, December 23, 2010

SISTEM RESPIRATORI

Sistem Respiratori
Komponen utama sistem respiratori
(a) Salur pernafasan
i. Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paruparu
dan keluar dari tubuh.
ii. Terdiri daripada salur nasal farinks, trakea, bronkus dan
bronkiul.
(b) Paru-paru
i. Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang 1 kg.
ii. Pada paru-paru kiri terdapat dua lobus dan paru-paru kanan mempunyai tiga lobus.
iii. Terdapat banyak alveolus dalam paru-paru yang membolehkan pertukaran gas-gas pernafasan.
6.1 Respirasi luaran
Semasa respirasi luaran, darah yang melalui paru-paru memerangkap oksigen. Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel-sel tisu badan. Sel-sel tisu badan menggunakan oksigen secara terus-menerus
menyebabkan kekurangan oksigen dalam darah berbanding di alveolus. Dengan itu, oksigen dari alveolus akan meresap ke dalam kapilari-kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolus.
Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke dalam darah. Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilari-kapilari pulmonari meresap ke dalam alveolus dan dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi.Darah yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Oleh itu pertukaran gas berlaku.

Proses pengangkutan gas oleh darah
Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paru-paru.
(a) Pengangkutan oksigen
Oksigen diangkut melalui dua cara:
(i) Oksigen larut di dalam plasma.
(ii) Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.
(b) Pengangkutan karbon dioksida
Karbon dioksida diangkut melalui tiga cara:
(i) Pelarutan dalam plasma.
(ii) Bikarbonat.
(iii) Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.

Respirasi dalaman

Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-sel tisu. Pertukaran ini melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah. Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu. Pada masa yang sama karbon dioksida meresap ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik. Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalam plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk di kumuh. Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih kaya dengan karbon dioksida berbanding dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung.

1 comment:

  1. good notes , but after this , please buat nota yang mudah difahami . As a stusent sport science , saya kurang paham apa yang ingin disampaikan oleh penulis . terima kasih .

    ReplyDelete