SELAMAT DATANG...WELLCOME


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Followers

Wednesday, December 22, 2010

SOSIOLOGI SUKAN

Konsep Sosiologi Sukan

Sosiologi
Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial dalam masyarakat.

Saintifik:
sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik serta mengambil kira isu
berkaitan validiti (kesahan) dan reliabiliti (kebolehpercayaan) kaedah
kajian yang digunakan.

Struktur:
suatu organisasi yang wujud dalam masyarakat mikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorang atlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar, satu pasukan, satu unit beruniform.

Proses:

Interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulan dalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik, komersialisasi, birokratik, sosialisasi, proses menginstitusikan dan proses lain yang berkaitan.

Definisi

Sosiologi Sukan

Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan. Ini termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti penonton, pengurusan dan media. Isu sosiologi yang signifikan dalam sukan termasuklah corak organisasi sosial yang terlibat, sifat formal sukan seperti pasukan, jurulatih, pemain, penganjur, undang-undang dan peraturan, tahap keseriusan menghadapi pertandingan seperti menang-kalah tidak ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap kemahiran fizikal yang tinggi.

Ciri Institusi Sukan

Untuk membolehkan sukan diinstitusikan sebagai satu institusi sosial dalam masyarakat, beberapa kriteria tertentu perlu dipenuhi bagi membolehkan ianya diterima sebagai satu institusi sosial. Antaranya adalah:

(a) undang-undang dan peraturan - wujudnya undang-undang dan peraturan yang mengawal perjalanan sukan
     tersebut.
(b) sosioemosi - kesan sosial dan psikologi individu yang dicapai menerusi penglibatan dalam sukan,
      antaranya:
      Katarsis - peluang untuk melepaskan tekanan secara yang dibenarkan menerusi sukan.
      Mewujudkan semangat kekitaan atau berpasukan.
      Semangat patriotisme.
(c) sosialisasi - merangsang individu untuk saling mengenali antara satu sama lain merentasi warna kulit
                       kepercayaan dan sebagainya.
(d) integrasi - menyatupadukan individu daripada pelbagai latar belakang seperti menjadi satu pasukan
                     sekolah, daerah dan negeri.
(e) politik - alat untuk menunjukkan kuasa (pengurusan pasukan atau persatuan, hierarki dalam persatuan).
(f) mobiliti sosial - proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk memberi peluang kepada individu
                            untuk meningkat seperti pemain peringkat sekolah meningkat ke peringkat daerah, negeri
                            atau negara.

Proses Sosialisasi Sukan

Sosialisasi

Proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu masyarakat. Penglibatan dalam sukan membuka ruang untuk bersosialisasi serta berinteraksi dengan orang lain.


Proses sosialisasi sukan berlaku menerusi dua cara:

 Sosialisasi ke dalam sukan

Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan. Pengaruh agen-agen sosialisasi ini membantu membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi.

 Sosialisasi menerusi sukan
Sukan menjadi alat kepada proses sosialisasi. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama, toleransi, berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.

Kesan Penglibatan Dalam Sukan
Penglibatan dalam sukan menghasilkan kesan-kesan positif dan negatif kepada individu dan negara. Antara kesan positifnya adalah:

Individu
(a) pembentukan watak - sukan dapat membentuk perwatakan individu yang positif.
(b) imej kendiri yang positif - penyertaan dalam sukan boleh meningkatkan imej diri.
(c) kualiti kepimpinan - pembentukan daya kepimpinan individu, khususnya dalam sukan berpasukan.
(d) semangat patriotisme - rasa bangga mewakili pasukan dibentuk menerusi penyertaan dalam bidang sukan.
(e) semangat setia kawan/berpasukan - terbentuk menerusi penyertaan, interaksi serta sosialisasi dalam
    sukan.
(f) kesihatan - peningkatan kesihatan individu secara keseluruhan boleh dicapai menerusi penyertaan dalam
    bidang sukan.
  Beberapa nilai positif yang perlu diamalkan adalah seperti menghormati peraturan, sifat bekerjasama,
  bertoleransi dan nilai-nilai murni yang lain.

Jika tidak diawasi, penglibatan dalam sukan juga akan mendatangkan kesan negatif kepada individu seperti:
(a) sikap terlalu mementingkan kemenangan sehingga meninggalkan semangat kesukanan dan berpasukan.
(b) Penggunaan bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi.
(c) Keagresifan dalam sukan.
(d) Membelakangkan nilai-nilai kesukanan yang lain.

Negara
Penglibatan negara dalam bidang sukan mendatangkan kesan-kesan seperti berikut:
(a) Sosial
    integrasi kaum - proses integrasi kaum (integrasi nasional) dapat dilaksanakan kerana aktiviti sukan
    merentasi batasan kaum.
(b) Ekonomi
     sumber kewangan - peningkatan sumber kewangan dari segi penajaan pertandingan, hak penyiaran,
     kutipan cukai serta kedatangan pelancong asing (pelancong sukan).
(c) Politik
     semangat setia kawan - khususnya pada peringkat serantau dapat disemai menerusi penyertaan dalam
     bidang sukan seperti sukan SEA dan Asia.  kerjasama antarabangsa - dapat diwujudkan menerusi
    sukan secara meluas seperti sukan Olimpik, Komanwel dan sukan Asia.
    Jika tidak diawasi penglibatan negara dalam bidang sukan juga akan mendatangkan kesan negatif seperti:
(a) perbalahan antara negara kerana ingin mendapatkan hak penganjuran sukan.
(b) Pemboikotan sukan.
     Kesannya, semangat setiakawan serta kerjasama antarabangsa mungkin terjejas jika proses penglibatan
    dalam sukan ini tidak ditangani dengan teliti.

No comments:

Post a Comment